RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)
melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai
rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada
sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan
kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum
kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya
supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu
dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan
harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang
membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah
daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk
memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak
dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila
fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu
juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu
tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga
hari mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah
(SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi
oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT
membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka
meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka
tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk
Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang
baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW).
Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di
tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya
diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk
menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di
Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat
kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa
bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Belum ada tanggapan untuk "Kisah Hijrah Rasullulah SAW "
Post a Comment
# Saya akan coba merespon komentar baru secepatnya.
# Harap berkomentar dengan bahasa baku tanpa singkatan.
# Komentar promosi, spam, dan komentar satu kalimat yang tidak bermutu akan saya hapus langsung.
# Jangan menggunakan nama pengomentar dengan nama yang berbau porno, judi, dan yang negatif lainnya.
# Setiap komentar akan dimoderasi secara manual sebelum muncul.